Ikut Jejak Zii Jia, Pasangan Beregu Sze Fei-Izzuddin Bakal Tinggalkan BAM?

13 Aug 2024 • 9:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain beregu lelaki, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani mengejutkan arena badminton tanah air selepas dilaporkan bakal tinggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Memetik laporan Buletin TV3, kedua-dua pemain ini bakal meneruskan karier sebagai pemain profesional selepas keluar daripada BAM.

Pasangan beregu Sze Fei-Izzuddin bakal tinggalkan BAM?

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky juga tidak menafikan perkembangan terbaharu itu.

Bagaimanapun, dia akan menjelaskan perkara itu pada sidang media khas bedah siasat skuad negara di Olimpik yang dijadualkan pada hari ini.

image is not available

Foto: Malay Mail

“Saya belum boleh komen setakat ini lah, kerana nanti saya harus menunggu apa-apa dari pengurusan serta perbincangan lain,” jawab Rexy.

Difahamkan, beregu berkenaan akan mengikut jejak langkah pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang kini berada di bawah jenama luar.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sekadar info, Sze Fei dan Nur Izzuddin pernah berpisah pada Januari 2023 namun mereka kembali berganding enam bulan selepas itu.

Sumber: Buletin TV3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved