Ikut minat tersendiri, pasangan pengantin gayakan busana berbeza warna curi perhatian

LocalWomen's Fashion
27 Jan 2025 • 4:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular di media sosial memaparkan sepasang pengantin tampil dengan busana songket berbeza warna pada majlis perkahwinan mereka telah berjaya tarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang jurugambar kepada pasangan pengantin itu di laman TikToknya, dapat dilihat kedua-dua mempelai itu membuat kelainan yang tidak pernah dilakukan oleh pasangan lain pada hari bahagia.

Gayakan busana berbeza warna

Dalam video itu, pengantin lelaki telah mengenakan busana songket berwarna hijau manakala pengantin perempuan pula anggun menggayakan busana songket berwarna merah.

Menurut jurugambar itu yang dikenali sebagai Khairul Amir, pasangan tersebut membuat keputusan untuk memilih warna baju mengikut minat dan kesukaan masing-masing.

Gayakan busana berbeza warna

image is not available

image is not available

“Pengantin kata warna ikut minat masing-masing. Senang tak payah gaduh-gaduh,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Undang perdebatan dalam kalangan netizen

Tindakan pasangan tersebut telah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan perbezaan warna yang dipilih ketika hari bahagia mereka.

Asalkan sudah kahwin, ikut minat masing-masing

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen berpendapat gabungan warna antara hijau dan merah adalah unik dan apa yang paling penting pasangan itu bersepakat dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka.

Sumber: TikTok @khairulamir.ka