Majlis Kahwin Tema “Squid Game” Curi Tumpuan

EntertainmentLifestyle
22 Jan 2025 • 6:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Majlis Kahwin Tema “Squid Game” Curi Tumpuan

Pasangan pengantin mencuri perhatian dunia dengan menganjurkan majlis perkahwinan ‘unik’ bertemakan siri popular Korea Selatan, “Squid Game”.

Majlis dilangsungkan oleh pasangan Nigeria tersebut menjadi tular selepas video persembahan mereka dimuat naik menerusi akaun TikTok @mercylifestyle.

Video berkenaan memaparkan suasana majlis perkahwinan dengan cosplay watak-watak daripada Squid Game.

Di barisan hadapan, seorang wanita tampil sebagai anak patung ikonik Squid Game, Younghee dengan mengenakan baju kuning dan gaun jingga, lengkap dengan rambut dua tocang.

Di belakangnya, beberapa individu berpakaian sukan hijau yang menyerupai peserta permainan dalam siri tersebut.

Tidak ketinggalan, sekumpulan individu lain yang memakai pakaian seragam merah jambu lengkap dengan topeng khas pengawal Squid Game.

Video majlis perkahwinan ini meraih lebih daripada lapan juta tontonan dan 800 ribu tanda suka, dengan ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen.

Sumber: Voi