Ikut solat di sebelah, anak sempat ajak bapa main ‘Squid Games’ buat ramai berdekah

LocalFamily & Parenting
16 Jan 2025 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ikut solat di sebelah

Gelagat anak-anak yang sedang membesar kadang kala menghiburkan hati termasuklah sewaktu ikut solat di sebelah ibu atau bapa.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai deknah. solehah yang memuat naik momen gelagat anak lelakinya yang masih kecil mengikuti suaminya solat secara berjemaah.

@dekna.solehah

Pandai dok amek sjadah p smbyg tepi pak dia. Pastu dia blh plk nyanyi lagu squid game. Last2 dia kena la dgan pak dia tu. Sbb pak dia kena smbyg lagi skali

♬ Funny Sound - Marina underbow

Ikut solat di sebelah, tiba-tiba toleh bapa waktu rukuk

Dalam video tersebut, kanak-kanak berkenaan secara tiba-tiba mendongak sewaktu bapanya sedang rukuk sebelum menyanyi lagu yang sering didengar dalam filem popular, Squid Games.

Dengan wajah yang polos serta ceria, tindakan comelnya itu membuatkan bapanya gagal menahan diri dari tersenyum dan menyelesaikan tawanya selepas terbatal dari solat yang dikerjakan.

image is not available

Ikut solat di sebelah, siap nyanyi lagu Squid Games ea

Walau bagaimanapun, pengguna TikTok tersebut memberitahu bahawa anaknya sudah diberi amaran dan hukuman kerana bermain ketika sedang beribadah.

Dia juga menjelaskan yang suaminya kembali menunaikan solat selepas selesai ‘menguruskan’ keletah anak lelakinya itu.

image is not available

Memang nak ‘kena’ dengan bapa dia

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan menyatakan terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut.

Mereka juga tidak sangka bahawa kanak-kanak itu boleh terfikir menyanyikan lagu Squid Games sambil memicit hidung bapanya yang sedang rukuk.

image is not available

Lagu tu yang tak tahan!

image is not available

Anak solat tepi pun satu dugaan

image is not available

Momen-momen seperti ini sememangnya sangat mahal dan akan dikenang oleh ibu bapa apabila anak-anak sudah dewasa nanti.

Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada orang tua apabila sudah besar kelak.

Sumber: TikTok deknah.solehah