“Ikut Suka Mak Bapak Dia Punya Tempat” – Pak Cik ‘Sound’ Peniaga Baru Isu Tapak Jualan

LocalEntertainment
15 Sep 2024 • 11:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tapak

Tular di TikTok video menunjukkan seorang peniaga nasi lemak tiba-tiba didatangi seorang lelaki memarahinya isu tapak jualan.

Pak cik tersebut mempersoalkan bagaimana dia mahu berniaga jika tapak jualannya telah diambil orang. Katanya, tapak tersebut adalah miliknya kerana telah lama berniaga di situ.

Pak cik tersebut meminta peniaga baru mengalihkan gerai ke tempat lain sambil merungut dengan bahasa yang kasar.

Siapa suruh buka dekat sini? Nasi lemak tu eh? Oh kau beli gerai dengan dia, tapi taruk dekat tempat aku. Macam mana? Kau taruk sebelah dia, tempat dia. Ikut suka mak bapak dia punya tempat. Orang dah berapa lama dah.

Jawab peniaga baru dikenali sebagai @sitamsompek, dia membeli gerai tersebut dengan salah seorang peniaga di situ juga.

Hari tu aku ada jumpa dia, aku dah cakap, “Nenek kau, tok kau punya tempat ke? Habis aku nak berniaga macam mana?”

Namun, pakcik berkenaan memberi respon marah kerana mengambil tempatnya. Tidak mahu menegangkan situasi, @sitamsompek mengalah dan menganggap bukan rezekinya.

image is not available

Bila bangsa sendiri tak support kita. Stall dah tak buka tiba-tiba nampak orang baru meniaga terus buka siap ada table.

Semoga brader ini tabah dan dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @sitamsompek