“Ikutkan hati nak maki” – [VIDEO] Elvina Mohamad Geram Wanita ‘Unicorn’ Main Cop Parking

Entertainment
15 Dec 2022 • 3:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, isu ‘cop parking’ ini bukanlah suatu benda yang baharu kerana ia kerap berlaku di kawasan perumahan, lot kedai dan yang paling menyakitkan hati pemandu adalah apabila berlaku di pusat membeli belah.

Budaya ‘cop parking’ di tempat umum seperti stadium ataupun di kedai makan boleh mengundang kemarahan pemandu lain yang mungkin sudah lama menunggu parkir tersebut.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang pelakon, Elvina Mohamad yang berasa geram dengan individu yang menggunakan konsep ‘cop parking’.

@elvinamohamad

Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punya laa 3 4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang2 dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dr parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!

♬ original sound – Elvina Mohamad – Elvina Mohamad

Dah la main cop parking menipu pulak tu!

Menerusi video tersebut, kelihatan Elvina menegur dan memberitahu yang mereka sampai ke petak parkir dahulu kepada seorang wanita yang sedang berdiri di dalam petak berkenaan.

Walaubagaimanapun, wanita yang sedang memakai topi unicorn itu menafikan dan mendakwa dirinya sudah lama berdiri di situ sekaligus menyebabkan pelakon berumur 27 tahun itu semakin bengang.

image is not available

Menurut Elvina, dia sudah membuat tiga ke empat kali pusingan untuk mendapatkan parking dan apabila ada kereta yang mengundur, dia tidak menyangka yang individu tersebut sanggup berdiri semata-mata untuk ‘cop’ parkir tersebut.

“Senang je dia berdiri situ cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar parking. Ikutkan hati nak je maki! Geram!,” kata Elvina.

Sebenarnya cop parking merupakan satu kesalahan

Untuk info pembaca, tindakan main ‘cop parking’ ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam.

Maka, individu mana-mana pun tidak mempunyai hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Apa komen warganet?

Tinjauan ke ruangan komen mendapati bahawa rata-rata warganet mengecam tindakan wanita tersebut. Ia dianggap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri.

image is not available

Ahh sudahh, budaya cop parking ni dah ada akta pun orang masih berani nak buat…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article