“Ikutlah Apa Orang Nak Kata. Hanya Allah, Saya & Suami Yang Tahu” – Bahagia Di Korea, Kim Seri Pilih Tak Kongsi Hal Anak

LocalEntertainment
12 Aug 2025 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Wanita yang melakukan penipuan membabitkan pakej pelancongan terhadap rakyat Malaysia, Kim Seri akui tidak kisah dengan apa sahaja kata-kata netizen tentangnya.

Bukan people pleaser

Menerusi Instagram story, Kim Seri telah berkongsi hantaran dan berkata dia bukanlah seseorang akan mengikut atau memuaskan hati semua pihak.

Menyedari namanya menjadi bualan, wanita berusia 40 tahun itu berkata urusan anak-anak dan suami biarlah kekal privasi dan hanya dia yang tahu segalanya.

Saya bukan people pleaser nak puaskan hati semua orang. Tentang anak, tentang suami dan tentang apa sahaja. Ikutlah anda nak fikir apa. Hanya Allah, saya dan suami yang tahu.

image is not available

Rasa diratukan oleh suami

Dalam pada itu, sejak berkahwin dengan jejaka Korea, Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina dilihat sering berkongsi perjalanan hidupnya kini dan memberi gambaran bahawa kehidupannya bahagia di negara itu.

Kim Seri banyak berkongsi tentang kebaikan suaminya dan malah turut akui rasa sangat dihargai dan seperti diratukan oleh suaminya, Choi Amin.

Dulu selalu terfikir kenapa banyak video tentang ‘my korean husband’. Buat itu, buat ini. Sekarang baru faham. Rasa berbeza dari apa yang pernah lalui sebelum ini dengan pasangan yang lain.

image is not available

image is not available

Dia juga turut berkongsi hantaran sebagai respon kepada reaksi netizen selepas dia dikatakan mahu mendaftar kelas untuk menjadi penduduk tetap Korea.

Baru daftar kelas pun orang dah panas. Jangan risau ye sis, uruskan hidup sis je. Hidup saya biar saya dan suami sahaja uruskan.

image is not available

image is not available 2025-08-10 15:36:45

Kim Seri Buat Permohonan Jadi Penduduk Tetap Korea Selatan, Netizen Tanya - "Takut Balik Malaysia Kena 'Angkut' Ke?"