“Kalau ada niat & usaha, nabi akan jadi penjamin” – Disoal Pasal Hutang, Ini Respon Kim Seri

Entertainment
6 Aug 2025 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas menjadi tumpuan gara-gara perubahan pada wajahnya, pempengaruh Kim Seri sekali lagi menjadi buah mulut netizen kerana kenyataan yang diberikan.

Seorang netizen yang juga didakwa mangsa penipuan pakej pelancongan pempengaruh berkenaan dikatakan telah membuat teguran sinis kepada Kim Seri berhubung isu hutang yang masih belum dibayar menerusi direct message.

“Dosa hutang pula roh tergantung huhu takkan masuk syurga ya selagi orang yang dihutang tak halalkan.”

Tidak berdiam diri, Kim Seri juga dilihat memberikan respon sinis kepada individu tersebut dengan kenyataan yang membuatkan ramai netizen tergamam.

“Kalau ada niat dan usaha nak bayar, nabi akan jadi penjamin sis. Kalau fitnah dah jadi dosa membunuh iaitu dosa paling besar.”

image is not available

Apabila ditanya daripada mana ‘dalil’ itu diperoleh, Kim Seri dilihat kongsikan satu pautan sebelum menyatakan hasrat untuk menyekat individu tersebut.

image is not available

Dalam satu perkongsian gambar tangkap layar yang lain, ia memperlihatkan Kim Seri seperti telah menyekat akaun individu yang memberikan kata-kata sinis kepadanya itu.

image is not available

“Hutang ingat Allah/Nabi, pembedahan plastik lupa halal haram” – Netizen

Melihat tindakannya itu, ia telah mengundang kemarahan netizen sampaikan ada yang mula mempertikaikan hukum hakam tindakannya yang dianggap mengubah wajah selain menyifatkan apa yang diberikan itu sudah terpesong.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Untuk rekod, timbul satu isu hangat mengenai Kim Seri apabila ada beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan miliknya dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina Mohamed Sani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan memulangkan wang pelanggan yang terjejas.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.