ILMUchat Akan Menambah Sokongan Log Masuk Guna MyDigital ID

LocalTechnology
2 May 2026 • 4:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available


ILMUchat, salah satu perkhidmatan chat berasaskan kecerdasan buatan janaan, seumpama ChatGPT yang dibangunkan di Malaysia, kini menyatakan akan menambah sokongan log masuk menggunakan MyDigital ID tidak lama lagi. Seperti ramai sedia maklum, MyDigital ID merupakan perkhidmatan identiti digital kebangsaan yang telah mula diintegrasikan pada perkhidmatan dan aplikasi kerajaan.

image is not available

Menggunakannya, anda hanya perlu menguruskan satu identiti, dan menggunakannya untuk log masuk ke mana-mana aplikasi atau perkhidmatan yang menyokongnya.

Buat masa ini, ia tidak dinyatakan bilakah ia akan dilaksanakan sepenuhnya. Namun, bagi anda yang berminat, boleh mencuba sendiri ILMUchat yang telah dibuka aksesnya kepada umum, yang bukan sahaja boleh menjawab pelbagai pertanyaan, tetapi turut melakukan carian web, serta menghasilkan kod untuk web dan aplikasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved