Imagine With Meta Ai Ialah Sebuah Lagi Laman Menjana Gambar Menggunakan Teks

TechnologyDigital
7 Dec 2023 • 3:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa bulan lalu, Meta AI diperkenalkan sebagai chatbot dengan AI generatif yang akan diintegrasikan dalam WhatsApp, Messenger dan juga Instagram. Ia dikuasakan dengan model Llama 2, ada avatar daripada 28 selebriti seperti MrBeast atau Snoop Dogg, dan data dilatih menggunakan platform media sosial di bawah Meta. Meta AI turut menyokong penjanaan imej dengan menggunakan model Emu.

image is not available

Terbaru, Meta telah menyediakan laman web khas untuk perkhidmatan penjanaan imej Meta AI mereka di imagine.meta.com. Imagine with Meta AI membolehkan pengguna menjana empat imej dengan satu prom. Perkhidmatan ini dilancarkan kerana menurut Meta ramai pengguna mereka menggemari penggunaan penjana imej. Jadi mereka kembangkan penawaran ciri ini di luar chatbot untuk orang ramai menggunakannya.

image is not available

Setiap gambar yang dijana turut mempunyai tera air dengan akan datang, tera air lutsinar akan diperkenalkan. Dalam cubaan saya Imagine with Meta AI tidak begitu hebat dalam menghasilkan imej yang saya mahukan berbanding adalah percuma digunakan buat masa ini. Ia juga terhad di Amerika Syarikat sahaja dan belum disahkan lagi bila akan ditawarkan kepada semua pengguna di peringkat global.