“Imam baru bagi salam…” – Anas Tahir Terkejut Pak Cik Ajak Budak Bergaduh Gara-gara Ingin Rapatkan Saf

Entertainment
8 May 2024 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ada banyak adab ketika umat Islam solat berjemaah dan salah satu daripadanya ialah merapatkan saf.

Malah, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, disunatkan oleh imam untuk tidak memulakan solat sebelum saf diluruskan dan disunatkan juga mengarahkan makmum yang berada di belakangnya untuk meluruskan saf.

Pun begitu, baru-baru ini penyampai radio, Anas Tahir berkongsi satu cerita yang kurang sedap didengar menerusi laman TikTok miliknya.

Anas yang merupakan penyampai radio Zayan itu berkongsi pengalamannya ketika dia menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah di Masjid Bukit Jelutong, belum sempat Imam membaca wirid, seorang pak cik dikatakan menarik baju seorang pemuda di bahagian leher.

@aanastahirr

Sorry la kena share jugak. Budak tu rapatkan saf je. Bercakap pun lembut. Xde kurang ajar nye. Ko yg lengkap pakai kopiah, baju melayu, kain peli at bagai. Aku mmg hilang hormat betul dgn ko. Kesian budak tu.

♬ original sound – Anas Tahir – Anas Tahir

“Saya saf kedua sembahyang maghrib, tiba-tiba lepas habis jemaah sorang Pak Cik ni cekak baju budak ni, budak ni tak balas apa-apa.

Imam tengah wirid dia ‘lock’ tangan budak ni cakap ‘jom lah pegi belakang, kurang ajar dengan orang tua’ tapi budak tu tak balas apa-apa,” kongsinya.

Rupa-rupanya, punca pak cik itu marahkan budak itu kerana dia merapatkan saf dan kaki mereka bersentuhan.

Anas yang juga adik kepada penyanyi Faizal Tahir itu kemudian terkejut dan beristighfar selepas melihat situasi genting itu.

“Lepastu saya jumpa dia (budak) kat belakang, pakcik pakcik lain bawak ke belakang pak cik tu suruh dia bersabar,” katanya lagi.

Penyampai radio itu sangat kagum dengan tindakan pemuda itu yang bersabar dan tidak melawan, dia juga berkongsi pemuda itu sering berjemaah di masjid tersebut.

Aduhai…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.