Imbas Kod QR, Sahkan Kewarganegaraan Sebelum Beli RON95 – KPDN

LocalPolitics
4 Sep 2025 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini sedang membangunkan satu sistem kawalan bagi menyelesaikan masalah ketirisan subsidi petrol RON95 digunakan golongan tidak sepatutnya, terutamanya pembelian oleh warga asing.

Timbalan Menteri, Datuk Dr Fuziah Salleh menjelaskan bahawa sistem yang kini sedang diuji akan diperluaskan ke seluruh negara tidak lama lagi bagi mengelakkan subsidi digunakan orang bukan warganegara untuk barangan seperti minyak masak, gula dan petrol.

image is not available

Buat masa ini, sistem yang telah dibangunkan adalah khas untuk minyak masak, dikenali sebagai Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang merangkumi keseluruhan rantaian bekalan daripada pemborong, peruncit hinggalah kepada pengguna.

image is not availableimage is not available

Melalui aplikasi ini, pembelian minyak masak peket bersubsidi hanya dibenarkan apabila pembeli mengimbas kod QR dan disahkan sebagai warganegara Malaysia.

image is not available

Tambah beliau, pendekatan sama juga akan diaplikasikan untuk pembelian petrol RON95, di mana pembeli perlu membuat semakan kad pengenalan di stesen minyak.

Sumber: Sinar Harian