Pembelian RON95 & barang subsidi bakal guna sistem imbas kod QR -KPDN

LocalPolitics
3 Sep 2025 • 8:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal memperkenalkan sistem kawalan baharu bagi mengelakkan ketirisan barang subsidi termasuk minyak masak peket dan petrol RON95.

image is not available

Sistem ini untuk pastikan RON95 & barang subsidi hanya untuk warganegara

Memetik laporan daripada Harian Metro, Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh menyatakan sistem itu kini sedang diuji sebelum dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.

“Kita sedar apa yang dikhuatiri Yang Berhormat adalah warga asing mendapat akses kepada barang kawalan seperti minyak masak, gula, petrol dan banyak lagi.

“Setiap satu barang kawalan ini ada masalah unik masing-masing tetapi setakat ini gula bekalannya mencukupi, jadi ia tak terlalu menjadi isu.

“Namun untuk minyak peket, ia jadi isu kepada rakyat Malaysia kerana mereka susah nak akses apabila warga asing yang beli,” katanya.

image is not available

Perlu imbas QR kalau nak buat pembelian RON95 & barang subsidi

Jelasnya, aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) sedang dibangunkan, yang mana pengguna perlu imbas kod QR dan hanya dibenarkan membeli selepas pengesahan warganegara dilakukan.

Menariknya, sistem sama juga akan digunakan untuk pembelian petrol.

“Insya-Allah tak lama lagi bagi pembelian RON95, akan guna pendekatan sama, iaitu mesti ada semakan kad pengenalan di stesen minyak.

“Ini perancangan kita akan datang dalam usaha untuk melindungi barang kawalan subsidi supaya tak mengalir kepada warga asing dengan setiap satu daripadanya (barang kawalan) ini ada strategi (pelaksanaan) berbeza,” jelas Fuziah.

Difahamkan, kenyataan tersebut dibuat semasa menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara.

Sumber: Harian Metro (Latifah Arifin)