Imbasan CT Tze Liang normal - Hannah

3 Nov 2024 • 9:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

IMBASAN CT penerjun negara, Ooi Tze Liang yang mengalami kecederaan semasa final acara papan anjal 3 meter lelaki Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam, didapati dalam keadaan normal.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau telah menghubungi Tze Liang, 30, yang mengalami luka di kepala selepas terhantuk papan anjal ketika melakukan terjunan kedua.

"Saya telah mesej beliau, dan beliau dalam keadaan baik, boleh membalas mesej saya. Beliau baru sahaja diperiksa doktor, dan doktor mengesahkan imbasan CT adalah normal.

"Perkara itu sangat melegakan. Saya menonton video kejadian itu dan melihat bagaimana mereka segera memberikan rawatan awal. Institut Sukan Negara (ISN) merupakan pihak pertama yang memaklumkan kepada saya, jadi saya telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif untuk meneliti bentuk pemulihan yang boleh diberikan kepada beliau," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Kejohanan Wusyu ASEAN-China, di sini hari ini.

Semasa kejadian, Tze Liang bersaing bersama rakan sepasukan, Muhammad Syafiq Puteh, serta penerjun dari Jepun, New Zealand, Indonesia, Taiwan, dan Singapura. Kecederaan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan saingan dalam acara itu.

Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low, turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang menunggu maklumat terkini daripada pegawai bertanggungjawab mengenai keadaan Tze Liang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved