iMedia Umum Pengambil-Alihan Dua Syarikat Media – Ittify Dan Headline Media

TechnologyDigital
9 Oct 2023 • 6:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Catcha Digital sedia mempunyai subsidiari khusus memfokuskan penerbitan dan media digital, dinamakan iMedia. Terdapat beberapa syarikat yang telah diambil-alih oleh iMedia, termasuk seperti OhMedia, BeautifulNara dan sebagainya.

image is not available

Hari ini, ia diumumkan iMedia akan ambil-alih dua lagi syarikat media digital tempatan. Yang pertama adalah platform memfokuskan pempengaruh, dikenali dengan nama Ittify. Untuk makluman, iMedia sedia mempunyai pegangan 51% pada Ittify, dan dengan pengumuman terbaru, mereka akan mengambil-alih baki 49% pegangan pada nilai RM3.43 juta.

Ittify dikatakan mempunyai sekitar 7,000 pempengaruh berdaftar pada platform mereka, dan telah bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk mempromosikan penawaran masing-masing sehingga ke hari ini.

Disamping itu, pada masa yang sama, iMedia akan mendapatkan pegangan sebanyak 30% pada Headline Media pada nilai RM1.24 juta. Headline Media mempunyai beberapa jenama dibawah mereka, termasuk WeirdKaya dan EzLokal.

Penambahan kedua-dua syarikat ini dijangka akan terus mengukuhkan lagi kedudukan iMedia dalam arena media digital di Malaysia dengan capaian meliputi pelbagai bahasa.