TM dikenali sebagai salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai solusi untuk penyelesaian digital anda. Antaranya termasuklah pakej jalur lebar, pelan mudah alih, perkhidmatan yang memenuhi keperluan gaya hidup dan inovasi digital kepada pengguna. Ada juga bahagian yang bertanggungjawab untuk memperkasakan perniagaan dari pelbagai saiz dan bidang. Dalam usaha untuk menambah baik pengalaman pengguna dari segi digital, TM dalam masa yang sama terus berkembang dari segi fizikal melalui pelancaran kedai fizikal mereka.

Baru-baru ini, TM telahpun melancarkan pembukaan rasmi Pusat Telekomunikasi Unifi mereka di KLCC. Namun, apa yang membezakan kedai konsep mereka yang baru ini dengan kedai konsep yang lain? Untuk pengetahuan anda, kedai konsep ini dibuka dan dilancarkan dengan matlamat untuk memberikan penyelesaian digital kepada pengguna melalui 3 jenis tawaran perkhidmatan.
1. Anda Boleh Mencuba Sendiri Pelbagai Teknologi Dan Peranti Terbaru Di Pasaran
Pusat Telekomunikasi Unifi ini membolehkan orang ramai untuk mencuba dan merasai sendiri seronoknya menggunakan teknologi terkini yang dikuasakan oleh Unifi. Dalam masa yang sama, pelanggan juga boleh mencuba peranti dan mempelajari tentang teknologi terkini yang ada di pasaran. Ini sekaligus membantu orang ramai untuk membuat keputusan yang lebih bijak sebelum membuat pembelian.

Misalnya anda ingin mencuba telefon pintar terbaru yang dilancarkan di Malaysia dan ingin mencuba prestasi rangkaian Unifi, anda boleh mencubanya di kedai konsep mereka di KLCC ini. Bukan setakat itu sahaja, di sini terdapat ruang untuk anda mencuba dan rasai pengalaman gaming yang mengasyikkan, ruang tontonan untuk Unifi TV, mencuba sendiri elemen interaktif Out Of Home yang menggunakan teknologi VR dan AR, skrin sesentuh dan pelbagai lagi teknologi seumpama dengannya.
2. Memberikan Penyelesaian Digital Kepada Pengguna

Selain daripada itu, Pusat Telekomunikasi Unifi di KLCC ini juga memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk berhubung dengan pihak Unifi berkenaan penyelesaian digital mereka. Dalam masa yang sama anda boleh mendapatkan layanan servis yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak anda, sama seperti kedai konsep mereka yang lain. Kemudahan yang disediakan adalah seperti:
- Pilihan untuk tetapkan janji temu
- Membuat pembayaran dan pembelian secara terus tanpa perlu janji temu
- Daftar masuk kendiri dan sistem pengurusan giliran yang akan memaklumkan kepada pelanggan walaupun anda berada di luar kedai
- Servis berperingkat termasuk kiosk, bantuan kaunter am dan tempahan bilik persendirian untuk perundingan
- Koleksi produk dan penyelesaian yang juga ditawarkan di portal Unifi secara atas talian
- Integrasi sistem keahlian dan ganjaran TM untuk memastikan perjalanan pelanggan yang lebih lancar bermula daripada atas talian sehinggalah ke dalam kedai
- Pertanyaan susulan secara digital untuk bantuan masa hadapan
3. Membantu Memperkasakan Komuniti Dan Perniagaan Dengan Teknologi Terkini

Namun pasti anda tertanya bagaimanakah Unifi membantu perniagaan melalui Pusat Telekomunikasi Unifi ini? Disinilah Unifi Business mengambil tempat dan memainkan peranannya untuk golongan yang mempunyai perniagaan. Unifi Business menyediakan ruang pembelajaran khusus untuk PMKS dalam mendapatkan bimbingan perniagaan seperti mengoptimumkan pemasaran digital dalam perniagaan. Ini seterusnya membuka potensi kepada komuniti dan perniagaan itu sendiri untuk berkembang lebih baik sama ada secara peribadi atau profesional. Ini kerana disini anda boleh berinteraksi secara terus dengan pakar untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang perniagaan dan sebagainya.
Kesimpulan
Jadi melalui apa yang ditawarkan di Pusat Telekomunikasi Unifi di KLCC ini, kita boleh simpulkan bahawa Unifi nampaknya komited dalam menambahbaik kualiti perkhidmatan mereka kepada orang ramai. Buat masa ini, mereka menawarkan sambungan internet yang inovatif seperti rangkaian gentian internet fiber, liputan rangkaian 4G dan 5G yang meluas kepada pengguna.

Jadi dengan adanya Pusat Telekomunikasi Unifi ini, mereka menyasarkan untuk menambah baik lagi kualiti servis mereka agar perkhidmatan mereka boleh disesuaikan dan pengalaman pengguna akan menjadi lebih baik. Sasaran ini adalah untuk memberi peluang kepada kita sebagai pengguna untuk merasai seronoknya menggunakan internet dan dapatkan pelbagai penyelesaian digital daripada Unifi.
Menurut Unifi, mereka menyasarkan untuk memperbanyakkan lagi kedai konsep seperti ini pada masa akan datang. Jadi, nantikan maklumat lanjut tentang kedai konsep Unifi seterusnya yang akan diperkenalkan di kawasan anda nanti. Buat masa ini, jika anda berminat untuk turut serta merasai pengalaman ketika di kedai konsep ini, anda boleh terus ke kedai konsep Unifi yang terletak di aras 3, KLCC.
Penafian : Advertorial daripada Unifi

![[VIDEO] "Tu Bukan Waterpark Bang!" - Lelaki Tak Berbaju Lari Dalam Kolam Depan KLCC Cetus Tanda Tanya](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)

