Imej Acah Hyundai Ioniq 6 Facelift Didedahkan – Ada Versi Berprestasi Tinggi?

TechnologyCars
4 Apr 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Imej rasmi acah untuk Ioniq 6 facelift akhirnya didedahkan oleh Hyundai. Namun, jika diperhati dengan teliti, kelihatan juga petunjuk awal varian Ioniq 6 N yang lebih agresif.

Pengeluar automotif dari Korea Selatan, Hyundai, telah mengeluarkan empat imej acah bagi model Ioniq 6 versi facelift yang memperlihatkan beberapa perubahan rekaan yang ketara. Jika diteliti, imej acah sama turut memberi petunjuk tentang kemunculan varian N berprestasi tinggi yang lebih sporty.

Didedahkan semasa Seoul Motor Show minggu ini, model Ioniq 6 yang diperbaharui dikatakan menampilkan lengkungan badan lebih halus serta bentuk lebih seimbang, menghasilkan siluet yang lebih aerodinamik dan elegan.

Rekaan Luaran Lebih Aerodinamik

image is not available

Ioniq 6

Ioniq 6 facelift hadir dengan perubahan ketara pada bahagian hadapan, menampilkan susunan lampu utama LED berbelah dua (split design), menyerupai rekaan Sonata. Lampu nyalaan siang (DRL) diletakkan di bahagian atas, sementara lampu depan diposisikan lebih rendah di bampar.

Di bahagian belakang, walaupun Hyundai belum mendedahkan imej rasmi, laporan dari Autocar UK menunjukkan spoiler 'ducktail' sebelum ini telah digantikan dengan bibir but belakang yang lebih halus serta kemasan krom baharu pada bampar.

Dari sudut aerodinamik, perubahan yang diberikan bukan sekadar kosmetik, kerana jurutera Hyundai mendapati bahawa penggunaan satu spoiler yang lebih besar untuk menggantikan dua spoiler kecil dapat meningkatkan kecekapan seretan angin, sekaligus mampu meningkatkan prestasi dan menambah jarak pemanduan elektrik.

Kabin Kekal Minimalis, Lebih Praktikal

image is not available

Hyundai setakat ini hanya berkongsi satu imej bagi ruang dalaman Ioniq 6 facelift. Melalui imej tersebut, jelas kelihatan stereng baharu, perubahan pada susunan kawalan di konsol tengah, serta kemasan pintu dan paparan sistem penyaman udara yang lebih moden

Ruang dalaman Ioniq 6 diberikan beberapa ciri baharu. Stereng kini menggunakan reka bentuk yang lebih moden seperti dalam Ioniq 9, sementara susun atur kawalan pada konsol tengah telah diubah bagi meningkatkan kemudahan penggunaan. Selain itu, bahan kemasan pintu diperbaharui dan paparan kawalan pendingin hawa kini lebih besar untuk pengalaman pengguna lebih intuitif.

Varian N Line: Lebih Sporty, Lebih Agresif

image is not available

Hyundai turut mengesahkan kehadiran varian Ioniq 6 N Line yang tampil dengan elemen lebih agresif. Perbezaan ketara termasuk bampar hadapan dan belakang serba baharu, kluster lampu belakang LED dalam rekaan unik, serta rim dua tona dalam warna hitam dan perak yang menonjolkan karakter sporty model ini.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Imej lebih terperinci bahagian belakang Ioniq 6 N Line YANG dikongsikan oleh Autocar UK. Hyundai telah menggugurkan elemen spoiler belakang yang besar, menggantikannya dengan sambungan but baharu yang lebih ringkas dan aerodinamik

Hyundai Ioniq 6 N: Bayangan Model Berprestasi Tinggi?

image is not available

Lebih menarik, Hyundai turut memberikan gambaran awal model Ioniq 6 N sebenar. Berdasarkan imej acah yang dikongsikan, varian ini bakal menampilkan spoiler belakang yang lebih besar, lampu belakang LED yang eksklusif, serta bampar belakang dengan rekaan lebih agresif.

Buat masa ini, Hyundai belum mendedahkan spesifikasi teknikal seperti kapasiti bateri atau output kuasa. Namun, berdasarkan model sedia ada, varian N ini dijangka lebih berkuasa, dengan masa pecutan 0-100 km/j lebih pantas daripada 5.1 saat yang kini ditawarkan oleh model dwi-motor berkuasa 321 hp dan 605 Nm.

Apa yang Boleh Dijangka?

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

versi pra-facelift yang merupakan varian tertinggi ketika ini, dilengkapi dwi-motor berkuasa 321 hp dan 605 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 5.1 saat

Untuk makluman, model pra-facelift hadir dengan pilihan satu motor pacuan belakang dan dua motor pacuan semua roda, bersama bateri 53 kWj atau 77.4 kWj. Varian paling cekap mampu mencapai jarak sehingga 614 km (WLTP) dengan hanya satu cas penuh.

Hyundai dijangka mengumumkan lebih banyak butiran dalam masa terdekat. Nantikan perkembangan selanjutnya.

image is not available