
YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun merupakan ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Wanita dan Keluarga pada tahun 2020.
Sebelum ini, YB Rina Harun pernah memukau netizen dengan perubahan imejnya yang ketara di mana beliau berjaya menurunkan sebahagian besar berat badannya.
Baru-baru ini sempena sambutan Maal Hijrah 1445, ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu ada membuat ucapan menerusi laman media sosialnya.
@dsrinaharun Salam Maal Hijrah 1445 semoga tahun baru ini membawa kebahagiaan, kedamaian & keberkatan bagi seluruh rakyat Malaysia #maalhijrah1445h #rinaharun
Walaupun video tersebut menyampaikan mesej yang baik namun perkara lain yang menjadi perhatian netizen.
“Kenapa muka dia nampak lain?”
Dalam video berkenaan, YB Rina Harun mengucapkan selamat tahun baru kepada semua masyarakat Islam dan mendoakan agar tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat semua.
Pun begitu, wajahnya yang kelihatan sedikit berbeza di bahagian dagunya yang menjadi perhatian netizen, ramai yang mempersoalkan transformasinya itu.

Malah, ada juga netizen yang menyatakan kelainan mukanya itu membuatkan mereka tidak mengenalinya.
Korang perasan ke apa yang berbeza?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



