Imej Motorola Razr 40 Ultra beresolusi tinggi boleh diamati sepuasnya sebelum pelancarannya

Digital
12 May 2023 • 10:14 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Motorola dikhabarkan sedang membangunkan sekuel kepada Motorola Razr yang mereka telah lancarkan dalam tahun 2020 lalu. Mendukung nama Motorola Razr 40 Ultra, warganet kini sudah boleh melihat rupa sebenar telefon itu imej beresolusi tinggi telefon itu sudahpun tersebar luas dalam Internet. Gambar-gambar itu mengesahkan khabar-khabar angin sebelum ini. Telefon jenis flip daripada Motorla ini nampaknya akan hadir sekurang-kurangnya dalam tiga warna iaitu merah, hijau, dan hitam.

image is not available

Berita tentang spesifikasi Motorola Razr 40 Ultra sudahpun mula bertiup kencang sejak awal Mei 2023 selepas beberapa outlet media berkongsikan perincian spesifikasi telefon ini. Antara maklumat yang kita ketahui adalah seperti Motorola Razr 40 Ultra akan diperkasa cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digandingkan bersama RAM 12GB serta storan 512GB.

image is not available

Skrin bahagian luarnya agak unik kerana dilubangkan untuk menempatkan sepasang kamera. Liputan skrin ini hampir meliputi keseluruhan panel telefon dengan resolusi kira-kira 1,056×1,066. Dua kamera utama yang tersemat di paparan itu adalah kamera utama 12MP dan satu lagi kamera ultralebar 13MP. Kamera di bahagian dalam pula memiliki sensor 32MP untuk sidang video. Kapasiti bateri Motorola Razr 40 Ultra dilapor berada pada paras 3,650mAh dengan sokongan pengecasan 33W.

Sumber: evleaks