Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Z Fold4 Dan Z Flip4 Tertiris

TechnologyDigital
20 Jul 2022 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Acara Samsung Unpacked telahpun disahkan akan berlangsung pada 10 Ogos hadapan. Pada acara ini dua peranti skrin boleh-lipat terkini Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 akan akhirnya dilancarkan secara rasmi.

image is not available

Serentak dengan pengumuman Samsung Unpacked, imej pengolokan rasmi untuk kedua-dua peranti telahpun tertiris menerusi laman 91Mobiles dan MySmartPrice. Sekilas pandang tiada perbezaan ketara telah dilakukan oleh Samsung pada kedua-dua peranti.

image is not available

Samsung Galaxy Z Fold4 masih lagi menggunakan sistem tri-kamera, lokasi butang dan saiz skrin depan yang sama seperti Z Fold3. Sementara itu perbezaan pada Samsung Galaxy Z Flip4 hanyalah skrin luaran yang sedikit lebih besar.

image is not available

Dengan rekaan yang sama, besar kemungkinan harga jualan peranti adalah lebih mampu milik berbanding model tahun lalu. Samsung komited untuk menawarkan peranti skrin boleh-lipat pada harga lebih rendah bagi meningkatkan penggunaannya. Samsung Galaxy Z Flip3 misalnya ialah peranti skrin boleh-lipat dengan jualan tertinggi pada suku pertama 2022.

image is not available