Rasmi- Acara Samsung Unpacked Seterusnya Akan Berlangsung Pada 10 Ogos

TechnologyDigital
20 Jul 2022 • 10:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah beberapa maklumat tertiris sebelum ini, Samsung akhirnya mengesahkan acara Samsung Unpacked yang seterusnya akan berlangsung pada 10 Ogos ini. Pada acara ini peranti Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 pastinya akan dilancarkan berdasarkan imej acah rasmi yang telah dikongsi.

Selain peranti skrin boleh-lipat terkini, Samsung turut akan melancarkan jam tangan pintar Sasmung Galaxy Watch5 dan fon telinga nirwayar Galaxy Buds2 Pro. Kesemua rekaan peranti-peranti ini telahpun tertiris ke arena web sebelum ini.