Imej Pengolokan Sony Xperia 1 V Tertiris Menunjukkan Sepenuhnya Rekaan Peranti

TechnologyDigital
13 Feb 2023 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sebuah peranti akan datang Sony didapati tertiris sebelum ini dalam imej sebenar tular. Didakwa sebagai Sony Xperia 1 V, generasi baharu ini dikhabarkan tidak lagi menyertakan sensor ToF dan infra merah RGB pada bahagian modul kamera. Perkongsian baharu turut memperlihatkan hal yang sama namun gambaran untuk rekaanya kini lebih jelas.

image is not available

Ia masih mengekalkan rekaan seumpama generasi sebelum ini dengan tubuh berkotak bersama sisi dan skrin hadapan yang rata. Panel belakang juga tampak kemas dengan modul kamera bujur yang memuatkan sistem tri-kamera dan LED Flash. Modul kamera untuk kali ini dijangka lebih menonjol kerana Sony mungkin menggunakan kerangka cerun yang sepadan dengan warna peranti.

image is not available

Seterusnya sistem imbasan jari sisi masih digunakan pada peranti bagi tujuan sekuriti. Ia juga berfungsi sebagai butang kuasa, di samping turut memuatkan butang laras audio pada sisi yang sama. Seperti biasa, sambungan port USB-C berada di bahagian bawah bersebelahan dengan ruang talam SIM. Bicu audio turut disertakan sebagai nilai tambahan pada peranti kelak.

image is not available

Tiada tarikh pelancaran rasmi yang didedahkan setakat ini, namun jangkaan awal adalah sekitar penghujung bulan ini.