Imej Sebenar Oppo Find X7 Pro Tertiris

TechnologyDigital
5 Dec 2023 • 1:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa imej sebenar yang didakwa sebagai telefon pintar baharu Oppo Find X7 Pro dikatakan telah tertiris. Melihat pada imej dikongsi peranti menampilkan rekaan yang lebih kurang sama dengan imej prototaip yang tular sebelum ini.

image is not available

Peranti mempunyai bonggol kamera berbentuk oktagon yang boleh meletakkan empat lensa dengan dua daripadanya terdiri daripada sensor telefoto periskop. Bonggol ini juga agak besar dan tinggi apabila dilihat dari sisi, di samping adanya LED Flash pada bahagian luarnya.

Selanjutnya skrin melengkung masih lagi dikekalkan bersama butang kuasa dan laras audio pada sisi kanan. Skrin hadapan ini juga mempunyai lubang kecil di bahagian tengah untuk sokongan kamera swafoto. Dalam masa sama saiz bezel yang hampir sama besar juga disertakan yang menjadikan skrin kelihatan seimbang.

image is not available

Pemilihan reka bentuk ini boleh mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan dalam kalangan pengguna. Walaupun kesemua perkara ini masih diperingkat spekulasi awal tetapi penggunaan dwi-sensor itu kelak berpotensi menyediakan keupayaan zum yang tiada tandingan.

Apa pula pendapat anda tentang rekaan ini? Ia sememangnya unik tetapi adakah cukup memikat anda untuk memilikinya kelak.