Rekaan Samsung Galaxy S24, S24+ Dan S24 Ultra Tertiris Lagi

TechnologyDigital
4 Dec 2023 • 8:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra akan dilancarkan pada Januari depan dengan ura-ura ia bakal dipasarkan sebagai telefon pintar kecerdasan buatan (AI) pertama Samsung. Sebelum ini beberapa imej pengolokan dan sebenar peranti telahpun tertiris. Pagi ini imej pengolokan rasmi untuk promosi ketiga-tiga model tertiris menerusi laman Windows Report.

image is not available

Perbezaan paling ketara dapat dilihat pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+ yang kini mempunyai sisi yang berkotak. Ini juga membuatkan butang kuasa dan laras suaranya juga rata. Tiada lagi sisi dibulatkan seperti Galaxy S23 dan Galaxy S23+. Secara keseluruhan, rekaan Galaxy S24 dan Galaxy S24+ masih menyerupai model tahun ini kerana tiada perubahan pada susunan kamera, panel belakang dan skrin.

image is not available

Pada Galaxy S24 Ultra perubahan yang mungkin tidak disedari ialah pada kamera periskop, lensa periskop kali ini berbentuk bulat dan bukan lagi empat segi yang digunakan sejak beberapa generasi yang lalu. Seperti dua model lain siri ini, Galaxy S24 Ultra juga menggunakan semula rekaan S23 Ultra tahun ini. Tiada perubahan mendadak pada susunan kamera, rekaan S Pen ataupn panel skrin. Ura-ura sebelum ini mengatakan bezel tahun ini lebih nipis yang tidak begitu ketara pada imej pengolokan di atas.

image is not available

Dengan pelancaran peranti semakin hampir, lebih banyak imej pengolokan dan spesifikasi lain pastinya akan tertiris ke arena web. Adakah ia akan menjadi antara peranti menarik tahun hadapan? Hanya masa akan dapat menentukan kerana persaingan tahun ini amat sengit.