Imej Sebenar Xiaomi 13 Dan 13 Pro Tertiris

TechnologyDigital
29 Nov 2022 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Xiaomi 13 dan 13 Pro dilancarkan secara rasmi bersama dengan MIUI 13 di China. Peranti ini akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 dan dikatakan akan menggunakan lensa Leica. Namun begitu pada hujung minggu yang lalu, imej sebenar kedua-dua peranti muncul di laman Weibo menafikan beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini.

image is not available

Pertama sekali hanya Xiaomi 13 mempunyai rekaan sisi yang rata seakan iPhone 14 sedangkan 13 Pro masih lagi mempunyai sisi dibulatkan serta skrin yang melengkung. Ini adalah mengecewakan bagi kami kerana skrin melengkung tidak lagi lagi begitu praktikal pada tahun 2022.

image is not available

Pada bahagian kamera pula, rekaan bonggol yang lebih besar seperti imej pengolokan tempoh hari telah disahkan pada kedua-dua model. Pada 13 Pro saiz lensa kamera jelas lebih besar dan bonggol juga lebih besar. Konfigurasi kamera masih lagi tri-kamera tetapi tiada langsung penjenamaan Leica dapat dilihat. Dengan imej ini dikatakan diambil ketika sesi bersama media, mungkin siri Xiaomi 13 tidak akan menggunakan lensa Leica seperti yang diuar-uarkan.

image is not available

Akhir sekali tekstur belakang 13 Pro nampak lebih kasar seakan kemaskan kulit vegan yang popular di kalangan pengeluar China. Ini akan mengurangkan isu panel kotor dan licin apabila dipegang. Dengan pelancaran berlaku pada 1 Disember, sejauh mana kesahihan imej di atas hanya akan diketahui dalam masa beberapa hari sahaja lagi.