Imej Seksi Dolla Jadi Perhatian, Netizen Persoal Kenapa Artis Luar Negara Diberi Syarat Ketat

Music
29 Sep 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pemakaian ahli kumpulan Dolla menjadi perhatian ramai. - Gambar dari Instagram Dolla & Sabronzo

Hujung minggu lalu telah berlangsung konsert Good Vibes Festival yang bertempat di Sunway Lagoon di mana, ia menampilkan ramai artis popular dari luar negara termasuklah dari Malaysia sendiri.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah penampilan artis dari Malaysia iaitu Dolla yang dikatakan terlampau seksi mengalahkan artis dari luar negara.

Salah seorang dari ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo tampil berani dengan memakai pakaian ‘cropped top’ yang hanya menutupi bahagia dadanya sahaja.

Disebabkan itu, ramai yang mula mempersoalkan tentang isu ‘double standard’ yang berlaku terutamanya untuk artis dari luar negara kerana mereka perlu mematuhi etika berpakaian sopan, sedangkan artis tempatan sendiri boleh berpakaian seksi untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.

image is not available

Kata netizen lagi, jika artis luar negara yang datang membuat persembahan di Malaysia boleh mengikut etika berpakaian sopan, kenapa tidak artis tempatan sendiri berbuat demikian.

Pihak media sempat bertemu dengan salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo di sebuah majlis di ibu kota pada Rabu untuk mendapat kenyataannya, namun Sabronzo enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi ini. - Getaran, 29 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved