Imej Teaser Audi Q3 2026 Disiarkan, Bakal Dilancar 16 Jun Ini

Cars
12 Jun 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Audi Q3 2026 bakal membuat penampilan globalnya pada 16 Jun ini memandangkan dua imej teaser telah disiarkan di media sosial baru-baru ini. Berdasarkan gambar berkenaan, ia menunjukkan corak baharu lampu nyalaan siang LED berpiksel yang unik pada bahagian hadapan Audi Q3 2026 ini.

image is not available

Imej kedua pula menunjukkan sebahagian bahagian hadapan crossover baharu ini yang memperlihatkan rekaan badan baharu yang anggun dan aerodinamik.

image is not available

Seperti biasa, imej teaser tidak akan mendedahkan banyak perkara. Bagaimanapun, berdasarkan gambar intip dan penemuan prototaip yang sedang diuji baru-baru ini, sumber melaporkan bahawa Audi Q3 2026 baharu ini akan menampilkan rekaan badan baharu serta tiang-D yang lebih sporty.

Selain itu, Audi Q3 2026 baharu ini juga bakal menerima lengkungan roda yang lebih ketara untuk menyerlahkan jarak roda yang dipercayai telah dipanjangkan.

Di bahagian belakang pula, sumber turut merujuk kepada gambar intip yang menunjukkan ia dilengkapi dengan diffuser belakang bergaya serta lampu belakang berbentuk bumerang.

image is not availableimage is not available

Selain itu, Audi Q3 2026 baharu ini dilaporkan akan berkongsi rekaan kabin yang sama seperti model Audi A5. Ia dijangka menampilkan panel instrumen digital 11.9 inci, skrin infotainmen tengah 14.5 inci, serta paparan ketiga bersaiz 10.9 inci.

Dari segi mekanikal, Audi Q3 crossover 2026 ini berkemungkinan hadir dengan enjin petrol (ICE) 1.5 liter dan 2.0 liter, bersama pilihan diesel 2.0 liter untuk pasaran Eropah.

Terdapat juga kemungkinan bahawa pencabar baharu Audi kepada Lexus LBX, BMW X1, Mercedes-Benz GLA dan Volvo XC40 ini akan menggunakan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) baharu yang sama seperti yang digunakan dalam VW Tiguan generasi terbaharu.

Untuk makluman, PHEV VW tersebut menawarkan jarak pemanduan elektrik sahaja sehingga 113 KM.

Melangkah masuk ke generasi ketiga, Audi Q3 dianggap sebagai salah satu model terlaris pengeluar kereta premium milik VW ini.

image is not available

Apapun, maklumat lanjut akan diumumkan selepas pelancaran rasmi model ini pada minggu depan.