Presiden Indonesia, Prabowo Jadi Saksi Nikah Anak Ahmad Dhani

12 Jun 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pesohor Ahmad Dhani bakal menerima menantu pertama apabila anak sulungnya, Al Ghazali menikah pada tanggal 16 Jun ini bersama tunang, Alyssa Daguise.

Sebagai bapa, pengasas grup Dewa 19 itu mahu yang terbaik untuk anaknya. Dia berusaha memenuhi semua perkara yang menyenangkan anaknya. Dan sebagai lelaki yang cukup berpengaruh, majlis perkahwinan Al akan dihadiri tetamu dalam kalangan figura penting republik tersebut.

Dhani memberitahu jika tidak mempunyai halangan, Presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto akan hadir dan menjadi saksi pernikahan di antara Al dan Alyssa.

“Yang baca doa pak menteri, yang jadi saksi Presiden Prabowo Subianto. Jika tiada halangan, beliau jadi saksi,” ujar Dhani seperti dilaporkan Viva.co.id.

Pasangan selebriti itu diketahui akan memulai majlis menuju hari bahagia mereka dengan majlis siraman pada 14 Jun, menikah 16 Jun dan acara undur menantu 19 Jun. Kesemua majlis yang masih dirahsiakan lokasi akan berlangsung di kawasan Jakarta Pusat.

Diketahui juga ibu Al iaitu bekas isteri Dhani, Maia Estianty tidak akan ikut serta meraikan majlis bersejarah anak lelakinya ini.

Al Ghazali dan Alyssa bertunang di Lake Como, Itali pada 21 September 2024 selepas menjalin hubungan beberapa tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved