Imej Terkini Zayn Malik Buat Peminat Terkejut – “Ingatkan Penjual Karpet”

EntertainmentMusic
28 Aug 2024 • 11:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi Zayn Malik menjadi bualan ramai selepas memuat naik video memaparkan penampilan terkini sehingga membuatkan para peminatnya terkejut disamping ada juga yang menyamakannya dengan penjual karpet.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Zayn yang juga merupakan bekas ahli kumpulan One Direction telah memuat naik video penyanyi itu sedang menyanyikan lagu baharunya ‘Shoot At Will’ secara a cappella.

Zayn Malik disamakan dengan penjual karpet

Bagaimanapun, apa yang membuat peminatnya terkejut adalah penampilannya yang kelihatan serabai dengan rambut panjang dan jambang tidak terurus.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya yang juga peminatnya menyuarakan rasa terkejut terhadap penampilan baharu Zayn.

Ingatkan mamat karpet mana tadi

image is not available

Tengok dua kali, apa jadi kat dia?

image is not available

Kenapa ni Zayn?

image is not available

Macam penjual shawarma

image is not available

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berkata Zayn kelihatan seperti seorang warga Pakistan biasa disamping ada juga yang menyamakannya dengan penyanyi Post Malone.

Zayn versi Frank Gallagher

image is not available

Ingatkan Post Malone tadi

image is not available

Macam Robert Pattinson menyanyi

image is not available

Ingatkan lelaki random tadi

image is not available

Sebelum ini, Zayn telah melancarkan album terbarunya, ‘Room Under The Stairs’ dan ‘Shoot At Will’ merupakan antara single dalam album berkenaan.

Pada awal tahun ini, Zayn telah mengumumkan kemungkinan dia bakal mengadakan jelajah solonya yang pertama sejak meninggalkan kumpulan One Direction hampir 10 tahun lalu.

Sumber: TikTok Zayn Malik