“Macam Pakcik Shawarma”- Ramai Terkejut Lihat Penampilan Zayn Malik Seperti Tak Terurus [Video]

Entertainment
28 Aug 2024 • 3:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebut mengenai nama penyanyi terkenal, Zayn Malik pasti ramai yang mula membayangkan wajah kacaknya.

Malah suatu masa dahulu Zayn juga menjadi kegilaan ramai para gadis sewaktu bersama kumpulan One Direction.

Zayn Malik tampil dalam satu video nyanyian selepas lama menyepi

Namun setelah beberapa ketika menyepikan diri, penyanyi itu tampil memuat naik video sedang menyanyi dipercayai di sebuah rumah. Namun apa yang mengejutkan adalah penampilan terbaharunya itu.

Video nyanyian tersebut telah dimuat naik oleh Zayn di seluruh platform media sosialnya seperti Instagram dan TikTok.

Penampilan terbaharu jadi perhatian

Penampilannya dilihat sedikit berubah di mana rambutnya kelihatan tidak kemas serta jambang yang lebat.

Menerusi video tersebut, Zayn yang dilihat memakai baju berwarna putih sedang mendendangkan lagunya yang bertajuk ‘Shoot at Will’.

Video berdurasi selama satu minit itu telah menarik perhatian ramai yang terkejut dengan imej penyanyi terkenal berkenaan.

Ramai yang tak perasan video menyanyi adalah Zayn Malik

Malah ada juga yang menyatakan pada awalnya mereka seperti tidak menyedari bahawa individu tersebut adalah Zayn Malik.

Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya adakah penyanyi itu berada dalam keadaan baik selepas melihat penampilannya.

Namun ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa rindu terhadap penyanyi berkenaan selepas dia lama menyepikan diri.

“Macam pakcik shawarma dah”

image is not available

“Aku ingat mamat karpet mana tadi”

image is not available

“Saya berlalu dengan cepat dan terdengar suara dan merasakan ia seperti Zayn. Saya kemudian kembali semula pada video”

image is not available