Imigresen buru tiga wanita warga asing bagi perbicaraan di mahkamah

1 Apr 2023 • 8:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan tiga wanita warga asing bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas Kes Pendatang Tanpa Izin (Pati) Semenyih, Selangor, berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM, menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan dua daripada tiga wanita berkenaan merupakan warga Indonesia iaitu Lili Febryan, 27, dan Putri Harahap, 28, manakala seorang warga Vietnam dikenali Le Thi Phuong Ly, berumur 27 tahun.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga wanita terbabit mempunyai alamat terakhir di Health Club Auspicious World Sdn Bhd, G7, Jalan USJ Sentral 1, USJ Sentral, Persiaran Subang 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon untuk menghubungi Pengawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Mazlan Saaizan, di talian 03-88801338 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. - Bernama