Impian Jadi Kenyataan, Ahn Hyoseop Teruja Dapat Berlakon Dalam Bahasa Inggeris Dalam ‘KPop Demon Hunters’

EntertainmentLifestyle
16 Jul 2025 • 3:37 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Memang serba boleh tau Ahn Hyo-seop ni, semua benda dia boleh buat!

Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Ahn Hyo-seop bercakap tentang pengalamannya membuat lakonan suara untuk filem popular Netflix kini iaitu “KPop Demon Hunters”. Kongsinya,

Memandangkan saya perlu meluahkan ekspresi hanya dengan suara saya, saya perlu menyampaikannya dengan jelas dalam suara saya. Saya merakamnya di Korea melalui Zoom.

image is not available

Malahan, lelaki itu mengaku bahawa dia bersyukur dapat terlibat dalam karya ini kerana dia dapat memenuhi keinginannya untuk berlakon dalam bahasa Inggeris.

Kandungan Korea telah berkembang ke peringkat dunia sekarang dan saya bersyukur kerana saya boleh berbahasa Inggeris. Jadi, saya ingin memanfaatkannya.

Selain itu, Ahn Hyo-seop turut menyatakan hasratnya untuk mencabar diri berlakon dalam bahasa Inggeris pada masa hadapan.

Fighting Ahn Hyo-seop!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.