Impian jadi kenyataan, Aisha Retno terpilih pegang watak Puteri Gunung Ledang. 'Saya mahu beri yang terbaik'

Entertainment
16 May 2026 • 8:01 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Impian jadi kenyataan, Aisha Retno terpilih pegang watak Puteri Gunung Ledang. 'Saya mahu beri yang terbaik'

PENYANYI Aisha Retno diumumkan secara rasmi sebagai watak utama Puteri Gunung Ledang bagi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical.

Aisha menerusi ucapan di laman sosial Threads berkata, dia akan menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya dan menyifatkan tawaran itu ibarat impian menjadi kenyataan.

"Alhamdulillah! Akanku galas tanggungjawab ini sebagai PGL Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah di PGL The Musical!

"Belajar, terus belajar dan tak pernah berhenti belajar. Ini antara impian yang akhirnya menjadi kenyataan, Masya-ALLAH.

Image from: Impian jadi kenyataan, Aisha Retno terpilih pegang watak Puteri Gunung Ledang. 'Saya mahu beri yang terbaik'

"Jika kalian ada sebarang pandangan atau input sepanjang saya menggalas tanggungjawab ini, jangan segan untuk berkongsi.

"Saya mahu memberikan yang terbaik dalam nyanyian, tarian dan lakonan teater demi watak ini, insya-ALLAH. Jumpa Oktober nanti! P/S: Tak sabar nak kalian kenali juga siapakah Gusti Puteri kedua

Akan saya galas tanggungjawab Gusti Puteri ini. Bismillah," titipnya di Threads.

Warganet menzahirkan ucapan tahniah selain menyifatkan pemilihan Aisha untuk memegang watak Puteri Gunung Ledang adalah tepat.

Terdahulu, pihak produksi turut mengumumkan kelainan untuk pementasan kali ini apabila bakal menampilkan dua watak Puteri Gunung Ledang dan dua pelakon bagi karakter Bayan.

Penyanyi Mimi Fly dan aktres Nadiah Aqilah diumumkan untuk memegang watak Bayan.

Aktor Luqman Hafidz diumumkan sebagai pemain watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim memegang watak Gusti Adipati

View Original Article