Impian jadi nyata! Isteri hadiahkan Achey motosikal Harley Davidson – “Idea Tiara suruh beli”

EntertainmentLifestyle
3 Nov 2025 • 10:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada pelawak Achey iaitu Anne buat kejutan untuk suaminya itu dengan menghadiahkan sebuah motosikal mewah, Harley Davidson, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahya, dia berkata idea untuk menghadiahkan motosikal yang dianggarkan berharga RM150,000 tersebut adalah idea anak mereka, Tiara.

Motosikal Harley Davidson

image is not available
image is not available

Dalam perkongsian itu juga, dapat dilihat Achey begitu terkejut dan tidak menyangka impiannya untuk memiliki motosikal mewah tersebut akhirnya tercapai.

“Alhamdulillah suprise menjadi, untuk insan yang sangat kuat bekerja untuk kami sekeluarga.

“Semua sayang dia tapi dia macam tak reti nak sayang diri dia.. idea Tiara jugak suruh beli motor sebab ayah suka motor.

“Tergamam Achey bila dapat motor idaman dia. Asyik la menyebut-nyebut nak HD, kita diamkan je,” katanya.

Motosikal Harley Davidson

image is not available

Sekadar info, Achey dan Anne mengambil Tiara sebagai anak angkat pada tahun 2018 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram @Anne Achey

View Original Article