Impian Masa Kecil Baru Tercapai, Hobi Kumpul & Main ‘Toys’ Bantu Lelaki Lepaskan Tekanan – Kajian Psikologi

27 May 2025 • 2:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sesetengah lelaki mempunyai hobi atau minat terhadap kebendaan yang mungkin menjurus ke arah mainan kanak-kanak.

Mainan seperti kereta kawalan jauh, figura, kapal terbang, motor atau drone adalah antara alat permainan yang diminati sesetengah golongan lelaki dewasa.

image is not available

Mungkin ada yang menganggap lelaki dewasa yang meminati benda sebegini dianggap ‘kebudak-budakan’ namun hakikatnya, itu adalah impian mereka yang tak mampu dimiliki suatu ketika dahulu.

Kajian psikologi menunjukkan hobi sebegitu dapat membantu lelaki melepaskan tekanan harian dan juga menjadi ruang ‘escapism’ yang sihat untuk mereka.

Jika difikirkan, ‘escapism’ begitu lebih baik berbanding tingkah laku negatif seperti merokok, minum alkohol, menyendiri atau mendiamkan diri secara melampau.

image is not available

Seperti wanita yang meminati mainan ketika kecil seperti Barbie, begitu juga lelaki dewasa yang mempunyai cara tersendiri untuk meluangkan masa dan ‘bebaskan’ diri daripada tekanan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Dari Hobi Jadi Rezeki, Remaja Menang RM200,000 Lepas 'Join' Pertandingan Memancing