
HASRAT penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri untuk menjelmakan kilauan pingat dalam final 3 meter (m) papan anjal wanita pada Sukan Olimpik Paris tidak kesampaian apabila menamatkan saingan di kedudukan tercorot daripada 12 peserta sebentar tadi.
Dhabitah mengumpul 244.80 mata keseluruhan selepas lima terjunan dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Paris.
Pingat emas milik penerjun China, Chen Yiwen (376.00 mata) dan perak dirangkul Maddison Keeney dari Australia (343.10) dan Chang Yani gangsa (318.75).
Penerjun berusia 25 tahun itu ke final selepas mengumpul 286.95 mata untuk berada di kedudukan kelapan daripada 18 peserta.
Pada edisi Tokyo 2020, Nur Dhabitah menamatkan saingan individu di tempat keempat dengan 326.15 mata, manakala gandingannya bersama Datuk Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama menemui penamat di tempat tercorot daripada lapan negara.
AKAN MENYUSUL

