Impian separuh akhir Yew Sin-Ee Yi lebur

10 Jan 2025 • 9:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ee Yi (kanan) dan Yew Sin tewas kepada gandingan India dalam aksi suku akhir Terbuka Malaysia di Bukit Jalil pada Jumaat. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

image is not available
Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

image is not available
Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

IMPIAN beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk terus melangkah jauh dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi tidak kesampaian.

Langkah pasangan negara yang menghuni kedudukan ke-24 dunia itu terhenti setelah kalah kepada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di suku akhir.

**media[2962434]**

Saingan sengit dipamerkan kedua-dua pasangan pada set pertama yang menyaksikan mereka saling mengejar mata.

Pertarungan penuh bersemangat mereka dapat dilihat apabila kedudukan mata akhir terikat sebanyak empat kali sebelum Satwiksairaj-Chirag menang 26-24 selepas beraksi selama 28 minit.

Yew Sin-Ee Yi cuba bangkit pada set kedua dan mendahului permainan 11-8.

**media[2962436]**

Satwiksairaj-Chirag bagaimanapun bangkit mengikat kedudukan 11-11 dan memimpin perlawanan selepas itu sebelum mengesahkan kemenangan 21-15 dalam aksi selama 50 minit itu.

Menanti Satwiksairaj-Chirag di separuh akhir adalah pasangan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang menang ke atas kembar dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang 21-11, 21-7.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved