Impian Yamal bertemu Messi di final termakbul

FootballSports
17 Jul 2026 • 7:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Impian Yamal bertemu Messi di final termakbul
Messi memandikan dan mendukung Yamal dalam gambar yang dirakam 19 tahun lalu. Foto Agensi

IMPIAN bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal untuk berkongsi pentas terbesar bola sepak dunia bersama idolanya, Lionel Messi, 39, akhirnya menjadi kenyataan apabila kedua-dua pemain bakal berentap pada final Piala Dunia 2026.

Yamal, 19, sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk berdepan Messi dalam aksi Finalissima iaitu perlawanan istimewa yang menemukan juara Eropah dan juara Amerika Selatan, namun peluang itu tidak kesampaian.

Kini, impian itu menjadi kenyataan apabila Sepanyol dan Argentina bakal bertemu dalam perlawanan akhir pada Isnin (3 pagi waktu Malaysia).

“Saya sudah membesar sedikit dan begitu juga Leo. Harapnya saya dapat berdepan dengannya dalam final nanti,” kata Yamal kepada DAZN ketika mengulas mengenai foto ikoniknya bersama Messi.

Foto berkenaan pernah mencuri perhatian dunia apabila memaparkan Messi yang ketika itu berusia 20 tahun mendukung Yamal yang masih bayi berusia enam bulan dalam satu kempen amal anjuran Yayasan Barcelona pada 2007.

Tiada siapa ketika itu menyangka gambar tersebut bakal menjadi simbol unik perjalanan dua generasi bola sepak, Messi kemudiannya berkembang sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman, manakala Yamal muncul sebagai salah satu bintang muda paling menyerlah di dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved