Imran Bard Akhirnya Mohon Maaf Kepada Ellie Suriaty

EntertainmentPolitics
27 Feb 2025 • 12:06 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Imran Bard Ellie Suriaty

Selepas menerima pelbagai teguran, pempengaruh media sosial, Imran Bard akhirnya tampil memohon maaf kepada pelakon Ellie Suriaty susulan kandungan videonya yang dikatakan menyinggung perasaan pelakon wanita itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs), Imran mengakui kesilapannya dan menganggap ini sebagai satu pengajaran besar buat dirinya.

Imran Bard tiada niat menyinggung, hanya parodi

image is not available

Menurut Imran, nama Ellie disebut secara spontan kerana dia mengidolakan pelakon itu dan tidak pernah berniat untuk memperlekeh reputasi sesiapa.

Saya, Imran Bard, ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video TikTok yang telah menyinggung perasaan Puan Ellie.

Secara jujurnya, saya membesar menonton lakonan Puan Ellie dan sangat meminati genre filem zaman beliau dulu. Namun, saya akui kesilapan saya kerana tidak sepatutnya menyebut nama seseorang walaupun sekadar jenaka.

Imran turut mengakui bahawa dia sepatutnya lebih berhati-hati dalam berkarya, apatah lagi jika melibatkan individu lain.

Ellie Suriaty tuntut permohonan maaf

image is not available

Sebelum ini, Ellie menuntut permohonan maaf bukan sahaja daripada Imran tetapi juga dari ibu bapanya. Hal ini kerana video parodi itu didakwa telah mencalarkan reputasi yang dibinanya selama lebih tiga dekad sebagai anak seni.

Pelakon itu kecewa apabila namanya dijadikan bahan jenaka sehingga mengundang salah faham dalam kalangan netizen.

Kini, peminat hanya menantikan respon sama ada Elli akan menerima permohonan maaf itu atau sebaliknya.

#ApaKataOhmedia

Hati-hati dalam berkarya di media sosial! Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka, lebih-lebih lagi jika melibatkan individu lain. 

Hormati privasi dan reputasi orang lain, kerana sekali tersilap langkah, ia boleh memberi kesan besar pada masa depan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Imran Bard


The post

appeared first on

.