Inara Dedah Tak Pandai Melawa & Berpurdah Jadi Punca Virgoun Curang

Entertainment
25 Jul 2023 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli menzahirkan rasa bersalah kerana terfikir bahawa dirinya juga menjadi sebahagian daripada punca rumah tangganya musnah yang dibina sejak 9 tahun lalu.

Katanya, dia kurang berhias sepanjang mereka berkahwin dan ia menjadi salah satu penyumbang kecurangan Virgoun.

“Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah.”

“Mungkin itu membuatkan dia kurang berminat terhadap saya,” lapor mStar Online.

image is not available

Jelas Inara lagi, dia tidak ada masa nak sentiasa nampak lawa sebab sibuk uruskan tiga anak mereka yang masih kecil.

“Orang lelaki memang suka melihat kecantikan jadi saya tak salahkan dia juga.”

Sebagai rujukan, Mei lalu, Virgoun ada failkan penceraiannya terhadap Inara selepas kecurangan Virgoun didedahkan oleh isterinya itu secara terbuka. Ia diakui oleh penyanyi itu sendiri selepas pendedahan tersebut tersebar.

image is not available

Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.