Inara Rusli Dedah Kekasih Baharu Seorang Selebriti, Tak ‘Follow’ Wanita Di Media Sosial

LocalEntertainment
4 Nov 2024 • 2:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Inara Rusli, 31, bekas isteri penyanyi Virgoun telah mendedahkan bahawa dirinya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan teman lelaki baharunya yang merupakan sosok selebriti Indonesia juga.

Menurut laporan Mstar, selepas setahun bercerai, Inara Rusli dilaporkan sudah menemui pengganti dari syarikat seni Entertainment yang sama tetapi masih merahsiakan identiti lelaki berkenaan.

Bekas isteri penyanyi Virgoun itu menyatakan bahawa mereka telah lama berkenalan ketika terlibat sama dalam sebuah penggambaran, sejak itu hubungan mereka menjadi semakin akrab.

image is not available

Foto: Hijabista

“Ya, dia (kekasih) dalam kalangan selebriti. kami bertemu pertama kali ketika menjalani pengambaran bersama,” katanya.

image is not available

Foto: InsertLive

“Dia seorang yang tidak pentingkan diri dan paling penting dia tak follow akaun perempuan di media sosial,” ujarnya.

Pelakon yang memiliki tiga orang cahaya mata ini juga mengakui bahawa dia dan teman lelaki baharunya telah bersedia untuk menjalin hubungan mereka dengan lebih serius dan Inara telah mendedahkan kehadiran lelaki berkenaan di hadapan anak-anaknya.

“Keluarga dan anak-anak semua sudah tahu, doakanlah. Kalau boleh semakin kita percepatkan semakin baik. Insya-Allah,” ujarnya.

image is not available

Foto: Carian Google

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved