Status rumah tangga terjawab! Fazura, Fattah Amin sah bercerai talak satu

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 11:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Status rumah tangga pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, hari ini.

Menurut laporan mStar, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Shariffudin tidak dapat menahan sebak ketika bertemu dengan media selepas prosiding selesai berlangsung.

Difahamkan, lafaz talak itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh.

Sah bercerai talak satu

image is not available

“Saya tak sedih dengan penceraian ini. Keputusan dibuat bukan dalam masa sekejap.

“Saya dah sengsara bertahun-tahun. Saya dah fikir panjang. Saya reda,” katanya.

Bukan itu sahaja, Fazura turut mendedahkan selain berlaku curang, Fattah turut mengabaikan nafkah keluarga menjadi faktor dia memfailkan penceraian sebelum ini.

Sah bercerai talak satu

image is not available

“Fattah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima (anak). Kami tidak sefahamam lagi. Saya dah lama tidak bahagia.

“Memang Fattah berlaku curang. Saya ada bukti,” ujarnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

image is not available

Sumber: mStar (Farol Hadi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved