Inara Tak Pandai Melawa, Berpurdah Punca Virgoun Cari Perempuan Lain

26 Jul 2023 • 12:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isteri kepada penyanyi popular, Virgoun iaitu Inara Rusli berasa bersalah dengan apa yang terjadi terhadap perkahwinannya yang telah dibina sejak sembilan tahun yang lepas.

Bahkan, Inara dapat merasakan kegagalan mahligainya itu adalah daripada kesalahannya sendiri kerana kurang berhias dan tidak pandai melawa sehingga membuatkan Virgoun berlaku curang dengan mencari wanita lain.

“Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah. Mungkin itu membuatkan dia kurang berminat terhadap saya,” katanya.

Bukan itu sahaja, Inara menjelaskan dia bukan tidak mahu berhias untuk suami namun, sudah cukup penat untuk membesarkan ketiga-tiga orang anaknya sehingga tidak mempunyai masa.

“Menyusukan dua orang anak sudah cukup penat… inikan pula nak cari masa berhias. Orang lelaki memang suka melihat kecantikan jadi saya tak salahkan dia juga,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Inara mendedahkan Virgoun telah menggunakan beberapa orang wanita untuk mendapatkan khidmat seks ternyata telah mengejutkan ramai.

Disebabkan terlalu malu dengan pendedahan yang dilakukan oleh Inara, Virgoun telah bertindak memfailkan penceraian di Pejabat Agama Jakarta Barat pada 5 Mei lalu.

image is not available

Sumber: Detik Hot

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved