“Indahnya ciptaan Allah” -Ramai tak keruan lihat Fattah Amin berbaju pilot di LIMA’25

LocalEntertainment
21 May 2025 • 6:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Ramai tak keruan lihat Fattah Amin segak berbaju juruterbang sewaktu berada di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Tak keruan lihat Fattah Amin, kacak sangat!

Menerusi beberapa perkongsian di TikTok milik peminat, kebanyakkan mereka memuji penampilan aktor kacak tersebut yang dianggap sesuai menyarung pakaian juruterbang pesawat pejuang seperti dimuat naik di Insta Story miliknya.

Tak keruan lihat Fattah Amin, macam pilot sebenar

Lengkap berpakaian juruterbang dan menuju ke pesawat, pesona Fattah Amin telah mengingatkan para peminat kepada drama lakonannya, Suri Hati Mr. Pilot yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu apabila bergandingan dengan selebriti, Neelofa.

Dalam drama tersebut, pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 34 telah memegang watak Ejaz Fakhri yang bertugas sebagai seorang juruterbang.

Kacak betul teman sekerja Kak Long

Menjengah ke ruangan komen hantaran di TikTok, ramai yang memuji pelakon itu kelihatan cukup segak dan sesuai dengan imej sebagai seorang juruterbang.

 

image is not available

Indahnya ciptaan Allah

image is not available

Tak jumpa jalan keluar lagi dah

image is not available

Ejaz Fakhri is back

image is not available

 

Difahamkan, Fattah Amin turut berada di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pulau Langkawi, Kedah.

LIMA’25 tahun ini berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 dengan bertemakan Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan”.

Pameran kali ini menampilkan pertunjukan udara melibatkan 57 pesawat, termasuk persembahan daripada pasukan aerobatik Russian Knights (Rusia) dan Jupiter (Indonesia).

Sebanyak 43 aset udara statik turut dipamerkan, peningkatan berbanding 34 pada edisi lalu.

Segmen maritim pula menyaksikan penyertaan 32 kapal dari dalam dan luar negara, termasuk dari Jepun, Itali, Amerika Syarikat dan Singapura, manakala 39 aset maritim akan terlibat dalam pertunjukan laut.

Sumber: TikTok _fattmira, Instagram fattahaminz