Fattah Amin nafi dakwaan nikah Amira Othman 25.5.2025

LocalEntertainment
19 May 2025 • 10:38 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kisah antara dua selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman, sering menjadi perhatian ramai apabila mereka dilihat serasi sebagai duta produk dan kerap digandingkan bersama dalam pelbagai program.

Walaupun kedua-duanya konsisten memberi jawapan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar “rakan sekerja”, keakraban mereka terus menjadi bualan peminat — apatah lagi apabila masing-masing hadir ke acara yang turut melibatkan ahli keluarga.

Spekulasi semakin rancak di media sosial, khususnya di TikTok, apabila netizen mula berteka-teki bahawa Fattah dan Amira bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei 2025.

Bagaimanapun, Fattah tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, tarikh yang disebut itu tidak wujud dan hanyalah andaian peminat semata-mata.

“Saya nafikan dakwaan tu. Tarikh 25 haribulan 5 tu tak ada pun. Benda ni mungkin dari peminat yang nak tengok artis kesayangan mereka teruskan hubungan ke peringkat seterusnya.
Tapi untuk masa sekarang, saya boleh cakap kami tak lebih dari rakan sekerja,” jelasnya.

@amin_hazlan

Fattah nafi dakwaan nikah 25 Mei ini, kebetulan selalu sedondon dengan Amira Othman

♬ original sound – Amin Hazlan – Amin Hazlan

Fattah turut menjelaskan bahawa kehadirannya bersama keluarga Amira di sesebuah program adalah secara kebetulan. Perkara yang sama turut berlaku apabila mereka berpakaian sedondon dalam satu acara.

“Penganjur yang mahukan Amira hadir sekali dalam program tu. Itu kebetulan,” tambahnya ringkas.

Walaupun dinafikan, hubungan rapat antara dua selebriti ini masih terus mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat yang berharap ada kisah indah di sebalik keakraban mereka.

Sumber: Kosmo, TikTok aminhazlan