Recruit Holdings, salah satu syarikat yang mempunyai portal seperti Indeed dan juga Glassdoor dibawah mereka, kini mengumumkan akan mengurangkan sekitar 1,300 tenaga kerja yang meliputi kedua-dua platform berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, Indeed merupakan platform untuk mencari pekerja, sementara Glassdoor membolehkan bekas pekerja memberikan penilaian dan komen terhadap syarikat-syarikat yang pernah mereka bekerja.
Peralihan ini adalah selari fokus syarikat berkenaan dalam arena kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, operasi Glassdoor juga akan diintegrasikan ke dalam Indeed, tidak lama lagi.
Pada hari ini, Recruit Holdings mempunyai sekitar 20,000 pekerja yang bekerja dalam perniagaan memfokuskan teknologi melibatkan sumber manusia.

