Indeks UV di Kota Kinabalu mengalami sendikit penurunan

LocalEnvironment
11 Aug 2026 • 3:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Indeks UV di Kota Kinabalu mengalami sendikit penurunan

KOTA KINABALU: Indeks sinaran ultraungu (UV) di bandar raya ini mencatatkan sedikit penurunan kepada bacaan 10 sehingga pukul 11 pagi tadi berbanding 11 pada waktu sama semalam.

Berdasarkan rekod laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), indeks UV semalam mencapai tahap ekstrem dengan bacaan tertinggi antara 11.3 hingga 11.4 sebelum mula menurun selepas pukul 12.30 tengah hari.

Cuaca di kebanyakan kawasan di Sabah pula secara amnya cerah dan tiada hujan pada sebelah pagi dan petang, dengan suhu harian dijangka antara 22 hingga 35 darjah Celsius.

Sementara itu, Telupid diletakkan pada tahap satu berjaga-jaga susulan cuaca panas dengan suhu harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius.
Indeks UV di daerah berkenaan turut berada pada tahap tinggi hingga ekstrem antara pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Orang ramai dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar dan minum air secukupnya.-UTUSAN

The post Indeks UV di Kota Kinabalu mengalami sendikit penurunan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved