Indeks volum perkhidmatan melonjak 4.1% pada suku keempat 2023 - DOSM

LocalBusiness & Finance
8 Feb 2024 • 1:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Indeks volum perkhidmatan melonjak 4.1% pada suku keempat 2023 - DOSM

zulfadli

08/02/2024 - 13:02

KUALA LUMPUR 8 Feb - Indeks volum perkhidmatan mencatat peningkatan sebanyak 4.1% tahun ke tahun dengan mencatatkan 148.5 mata pada suku tahun keempat 2023, menjadikan prestasi tahunan bagi 2023 meningkat 5.6% berbanding 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun pula, indeks tersebut meningkat 0.6%.

Beliau berkata, prestasi indeks volum perkhidmatan bagi suku tahun ini dipacu oleh kenaikan segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang tumbuh 4.2% berbanding tahun lepas.

Katanya, ia diikuti oleh segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan (6.6%), segmen perkhidmatan lain (7%) dan segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan (1%).

"Indeks volum bagi segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan meningkat 4.2% untuk merekodkan 150.2 mata. Prestasi ini didorong oleh pertumbuhan perdagangan borong dan runcit (4.2%), makanan serta minuman (2.4%) dan penginapan (10.1%).

"Pada masa yang sama, segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan meningkat 6.6% dengan mencatatkan 162.9 mata, disumbangkan oleh pertumbuhan pengangkutan dan penyimpanan (12.2%) serta maklumat dan komunikasi (3.2%)," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Mohd Uzir, segmen perkhidmatan lain mencatatkan indeks volum 122.4 mata dengan pertumbuhan 7% hasil peningkatan dalam kesihatan swasta (11.3%), kesenian, hiburan dan rekreasi serta perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti (4.2%) dan pendidikan swasta (5.6%).

image is not available

Sementara itu katanya, segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan merekodkan pertumbuhan positif 1% berikutan peningkatan dalam profesional, saintifik dan teknikal serta pentadbiran dan khidmat sokongan (8.7%) dan hartanah (6.8%). Bagaimanapun, kewangan dan insurans jatuh -3.9%.

Katanya, bagi perbandingan suku tahunan pula, indeks volum perkhidmatan bagi suku tahun keempat 2023 naik 0.6%.

Beliau berkata, prestasi itu disumbangkan oleh kenaikan segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan (1%), diikuti segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan (1.6%) dan segmen perkhidmatan lain (2.5%). Sebaliknya, segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan turun -1.5%.

Katanya, indeks volum pelarasan musim turun -1.1 peratus berbanding suku tahun ketiga 2023.

"Prestasi ini disebabkan kejatuhan dalam segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan (-2.6%) dan segmen perkhidmatan lain (-5.9%). Bagaimanapun, segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan penyimpanan dan segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan masing-masing meningkat 1.2% dan 0.6%," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved