India Ingin Menyaring Kemaskini OS Dan Mewajibkan Pengeluar Membenarkan Aplikasi Terpasang Dibuang

TechnologyDigital
14 Mar 2023 • 6:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
India

India ialah pasaran telefon pintar kedua terbesar dunia selepas China. Sebagai pasaran terbesar, mereka mempunyai banyak kuasa untuk memberikan tekanan kepada pengeluar peranti. Ini dapat dilihat menerusi RUU yang memaksa penggunaan USB-C pada telefon pintar dan penyeragaman pengecas peranti boleh-pakai tahun lalu. Menurut Reuters, seterusnya India akan menguatkuasakan undang-undang yang memaksa pengeluar lebih banyak kuasa kepada pemilik peranti.

image is not available

Kuasa pertama ialah pilihan menyahpasang kesemua aplikasi terpasang selepas peranti dibeli. Sudah menjadi lumrah untuk pengeluar menyertakan pelbagai aplikasi sejurus selepas peranti dibeli. Akibatnya storan peranti telah digunakan oleh aplikasi yang mungkin tidak diperlukan.

Seterusnya India ingin menyaring kesemua kemas kini sistem operasi yang diberikan oleh pengeluar sebelum ia diberikan kepada pengguna. Kementerian IT India berkata ini adalah bagi memastikan tiada unsur hasad dimasukkan oleh pengeluar untuk mengintip pengguna dan mengumpul data peribadi tanpa kebenaran.

Pertemuan telah dilakukan oleh Kementerian IT dengan wakil daripada Xiaomi, Samsung, Apple dan Vivo untuk menyatakan hasrat mereka. Reaksi adalah agak negatif kerana secara lazimnya tampalan sekuriti diberikan terus supaya sebarang kerentanan dapat ditampal dengan segera. Sekiranya perlu menjalani proses saringan, kerana pada waktu ini di India proses pengiktirafan dan ujian peranti mengambil masa sehingga 27 minggu di India.