Pelancaran siri Honor Magic 5 dan Magic Vs di Malaysia disahkan pada bulan April

Digital
14 Mar 2023 • 5:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kebanyakan pengeluar telefon pintar China, biasanya akan melancar model baru di China sebelum diperkenal di pasaran antarabangsa. Tetapi Honor cuba menampilkan kelainan apabila melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka, siri Honor Magic 5 di pentas global dahulu sebelum dilancar di China. Bagaimanapun untuk jualan, ia masih tiada di pasaran luar China tetapi telah pun dijual di China walaupun lewat dilancarkan.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Honor Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Malaysia akan jadi pasaran pertama telefon flagship baru Honor dijual di luar China. Lebih tepat lagi, siri Honor Magic 5 dan Honor Magic Vs dijangka akan dipasarkan di Malaysia pada bulan April.

Jika benar, Honor Malaysia berjaya mempercepatkan penjualan untuk siri Honor Magic 5. Ini kerana tahun lepas, Honor Magic 4 Pro mengambil masa 3 bulan untuk dijual di Malaysia, selepas pelancaran antarabangsa.

Honor juga baru mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menjamin akan menyediakan kemaskini perisian untuk siri Honor Magic 5 dan Honor Magic Vs. Peranti ini dijamin akan menerima 3 tahun kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan. Memandangkan ia hadir bersama sistem operasi MagicOS 7.1 terbaharu berasaskan Android 13, ia akan menerima kemaskini OS sehingga Android 16.

image is not available

Honor Magic 5 Pro adalah telefon paling berkuasa daripada Honor masakini. Ia dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, bersama gandingan tri-kamera 50MP di belakang yang berupaya mengezum sehingga 100x. Terdapat juga pelbagai ciri premium padanya seperti kalis air IP68, skrin AMOLED LTPO serta sokongan pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

image is not available

Honor Magic 5 juga masih telefon kelas flagship kerana menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Tetapi prestasi kameranya sedikit rendah daripada model Pro. Kuasa pengecas juga serupa, 66W tetapi tiada pengecasan wayarles. Ia juga tidak kalis air.

Manakala Honor Magic Vs, ia bukanlah telefon lipat pertama keluaran Honor tetapi adalah yang pertama dijual di Malaysia. Telefon ini memiliki cip tahun lepas, Snapdragon 8+ Gen 1, skrin OLED 7.9-inci 90Hz di dalam dan skrin OLED 6.45-inci 120Hz di luar. Honor berbangga dengan telefon ini kerana lipatannya tiada ruang kosong kelihatan. Tetapi ia tiada pengecasan wayarles dan tidak kalis air, kekurangan berbanding Galaxy Z Fold 4.

image is not available

Sementara menunggu pengumuman tarikh pelancarannya di Malaysia, rujuk laman web Honor Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang siri Honor Magic 5 dan Honor Magic Vs.

Bacaan Berkaitan